Monday, 5 March 2018

3 Langkah Kesihatan Berkualiti

Makan suplemen tidak semestinya anda akan jadi sihat.

Kenyataan ini sangat betul dan tidak boleh disangkal. Suplemen adalah salah satu langkah untuk hidup sihat. Ia datang selepas beberapa langkah lain telah diambil.

1. Makan secara sihat

Langkah paling asas untuk mendapatkan kesihatan yang berkualiti ialah jaga makanan dan minuman kita. Kita adalah apa yang kita makan. Ikut nasihat suku suku separuh.

Suku karbo (nasi), suku protein (lauk pauk) dan separuh sayur-sayuran. Jika kita dapat amalkan cara pemakanan begini, insyaAllah langkah utama ke arah kesihatan berkualiti sudah kita capai.

Kurangkan minum minuman manis. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kuantiti air kosng yang dicadangkan adalah 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan kita.



2. Bersenam dan capai berat yang sihat

Senaman adalah cara untuk kita sihat dan cergas. Jangan berikan alasan jadual kerja yang padat sebagai alasan untuk tidak bersenam. Paling mudah letakkan kereta sedikit jauh daripada pejabat/tempat kerja dan berjalan untuk sampai ke sana. 

Senaman yang baik ialah senaman yang mampu meningkatkan degupan jantung kita. Dengan kata lain senaman yang boleh buatkan kita tercungap seketika.

3. Suplemen secara bijak

Pengambilan suplemen sudah boleh dikatakan wajib pada zaman yang serba mencabar ketika ini. Kebanyakan sumber makanan kita sudah kekurangan nutrien akibat penggunaan racun kimia, storage dan cara memasak. Jadi kita perlu topup kekurangan nutrien dalam makanan ini dengan suplemen.

Tetapi AWAS! Anda perlu memilih suplemen dengan bijak. Bukan semua suplemen selamat dan tidak memudaratkan. Periksa label suplemen anda. Adakah ia berdaftar dan diluluskan oleh KKM?

Yang pasti, setiap satu suplemen Shaklee ada kelulusan KKM dan telah diuji secara klinikal sebagai SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Ujian klinikal ini dijalankan pada manusia dan bukan pada haiwan. 

Suplemen Shaklee tidak bersandar pada testimoni pengguna tetapi berdasarkan ujian dan data yang telah direkodkan. Setiap tahun lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan untuk memastikan setiap produknya selamat digunakan oleh kita.

Jangan ambil mudah apa yang kita makan dan lakukan demi menjaga amanah tubuh badan yang telah diberikanNya.

Live a healthy life.

 Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari