Sunday, 12 August 2018

5 Panduan Memilih Produk Suplemen

Banyak jenama nutrisi yang terdapat dalam pasaran kita. Setiap jenama ini pastinya tidak sama antara satu sama lain. Setiap jenama membawa kualiti yang berbeza.

Sebagai pengguna pastinya kita mahukan yang terbaik. Saya kongsikan 5 panduan memilih produk suplemen yang berkualiti tinggi.

1. Syarikat yang mengilangkan produk suplemen
Produk suplemen yang baik akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama untuk memastikan kawalan kualiti. Jika syarikat yang menjual adalah yang berlainan daripada pengilang, anda harus memberi lebih perhatian.

2. Ujian kualiti bahan
Setiap jenis produk suplemen mempunyai bahan-bahan mentah yang berbeza. Produk suplemen yang baik akan membuat ujian kualiti pada setiap bahan mentah mereka.

3. Suplemen semulajadi atau sintetik
Bukan semua suplemen diperbuat daripada bahan semulajadi. Terdapat banyak suplemen sintetik di pasaran kerana ia lebih murah dan tidak cerewet seperti bahan semulajadi namun suplemen semualajadi pastinya jauh lebih elok dan senang diserap oleh badan kita.

4. Siapa di sebalik produk suplemen
Syarikat nutrisi yang berkualiti tinggi mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar perubatan dan ahli sains yang terkenal di dunia. Mereka ini mempunyai kepakaran di tahap sarjana atau lebih tinggi dalam bidang masing-masing.

5. Produk suplemen diuji secara klinikal
Produk suplemen dan vitamin tidak disyaratkan untuk menjalankan ujian klinikal atas produk mereka. Tetapi pemgeluar produk suplemen beekualiti tinggi akan melakukan ujian klinikal ini dan ia dilakukan oleh organisasi luar supaya keputusannya adalah adil. Hasil ujian klinikal ini juga perlu diterbitkan dalam jurnal-jurnal sains yang boleh dibaca oleh semua.

Adakah produk suplemen anda mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan ini? Jika tidak, anda wajar mengubah jenama suplemen anda kerana setiap jenama membawa kesan yang berbeza.

Jika anda ingin memdapatkan produk suplemen dan kesihatan yang memenuhi semua ciri di atas, boleh hubungi saya seperti nombor tertera di bawah.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari