Monday, 6 August 2018

Percutian Bajet di Cameron Highland

"Mama, Aesha rasa nak makan strawberi di highland". Anak kecil kami tiba-tiba menyuarakan keinginannya pada pagi Jumaat 3 Ogos 2018 yang lalu. Kak Jaz bawa dia dan minta cakap sendiri dengan papanya. Bincang serba sedikit dan kami bersiap untuk ke sana.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari rumah kami di Kota Bharu. Sampai sahaja di Brinchang, kami terus menghala ke Hotel Sentosa. Sudah berkali-kali kami menginap di sini apabila kami pergi ke Cameron Highland.

Bagi kami ia berpadanan dan murah untuk kami sekeluarga. Hotel sekadar untuk tidur jadi tidak perlu yang mahal-mahal. Walaupun ia hotel bajet tetapi sudah selesa untuk kami. Harga bilik dengan dua katil queen ini ialah RM130 semalaman. Okay la kan?





Dalam bilik hotel bajet ini disediakan tuala, TV, pemanas air dan kipas. Lengkap dah kan? Hehe.

Malamnya kami makan di restoran bertentangan dengan Hotel Sentosa tetapi kali ini cara masakannya kurang memuaskan hati kami. Sepatutnya dengan harga yang sama kami boleh dapat makanan yang jauh lebih sedap.

Keesokan hari, selepas sarapan pagi kami singgah di pasar Kea Farm untuk membeli jagung dan mencuci mata. Hehe. Kali ini kami kurang membeli sebab tujuannya hanya untuk puaskan hati anak-anak untuk memetik strawberi.

Jom tengok kat mana kami petik strawberi dan apa yang buatkan kami selalu datang ladang strawberi ini.




Sebelum pulang kami sempat singgah di Taman Lavender. Bagi orang yang bukan penggemar bunga seperti Kak Jaz, suasananya OK dan menenangkan. Seronok juga tengok pelbagai jenis bunga di sini.

Sebenarnya kami agak kerap ke Cameron Highland kerana kami pilih hotel penginapan yang murah. Jadi kami tidak rasa terbeban walaupun pergi on the spot.

Untuk anda yang mahu merasai suasana sejuk di Cameron Highland tetapi mempunyai bajet yang tidak besar, pilih sahaja hotel penginapan bajet yang banyak terdapat di area Brinchang. Yang penting kita sampai dan rasai suasana di sana.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari