Saturday, 29 September 2018

Skincare Semulajadi Terbaik Untuk Muka Lekuk Berjerawat






Masalah kulit muka yang tidak sekata boleh sebabkan keyakinan diri kita merudum. Tanyalah sesiapa sahaja, pastinya kita mahukan kulit wajah yang sihat dan halus mulus.

Tapi bila kulit muka berlekuk camni, selalunya kita dah tak tahu nak buat apa. Makanya kita redha sahaja.

Jangan tarik break lagi. InsyaAllah dengan Youth Skincare, lekuk pada muka ini akan diratakan sedikit demi sedikit. 

Kita tengok testimoni kawan-kawan Kak Jaz ini. Mereka adalah pengguna Youth Skincare yang mempunyai kulit muka berlekuk. Selepas konsisten gunakan Youth Skincare, kilit muka yang berlekuk semakin rata dan sihat.









Cepat atau lambat perubahannya bergantung pada kulit muka kita. Pemakanan dan persekitaran juga sangat mempengaruhi. Tetapi 1 yang pasti, ia memang berkesan!

Jangan tunggu lagi untuk dapatkan kembali kulit muka yang sihat dan halus mulus serta bebas daripada lekuk-lekuk ini. Whatsapp Kak Jaz segera untuk pembelian.





Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Nasi Ayam Istimewa Sempena Hari Lahir

29 September - hari yang sentiasa diingati oleh encik suami. Maklumlah birthday dia. Makanya apabila dia sentiasa ingat tarikh ini, puan isteri kena double triple ingat la kan 😂.

Sembang-sembang hari ni tanya dia nak makan apa? Laksa atau nasi ayam? For sure dia pilih nasi ayam since dia tak berapa gemar makan laksa.

Jadinya adik kami belikan ayam dan mula la klentang klentung di dapur masak untuknya. Seharian aih di dapur hari ni sanpaikan baby Awfa pun tak boleh berkepit dengan mama. Berkorban la hari ni ya baby 😝

Siap semua, gembira la si dia, anak-anak dan adik-adik makan nasi ayam. Kat rumah kami ni, kalau hidangannya nasi ayam semuanya makan bertambah-tambah. Puas hati masak bila tengok semua berselera begini.

Gembirakan si dia pada hari ulang tahunnya. Sampai saat ini masih dok fikir nak beli kek atau tak. Hahaha.

Gambar nasi ayam kali ini takde. Tak sempat nak ambil gambar semua dah serbu. Berhuhu jela Kak Jaz ni ha. Hihi

Tapi takpelah. yang penting semua happy dan kenyang, tukang masak pun dah extra gembira.


Share:

Saturday, 22 September 2018

Vitamin Untuk Orang Tua

Masalah utama yang sering dihadapi oleh orang tua kita ialah KELETIHAN dan SAKIT BADAN, LENGUH-LENGUH di pinggang dan lutut.

Situasi ini terjadi kerana faktor penuaan biologi. Namun kita boleh mengurangkan masalah ini dengan membekalkan nutrisi terbaik untuk orang tua kita.

Vivix sangat terkenal sebagai antioksidan berkualiti tinggi. Ia meningkatkan sistem imun badan kita dan bertindak hingga ke dasar sel.

Ia menjaga, memperbaiki dan meremajakan sel yang memberi kesan badan lebih sihat dan kuat walaupun usia semakin bertambah.



Seiring pertambahan usia, KALSIUM dalam tulang akan semakin berkurangan. Ia menjadi antara punca lenguh-lenguh dan sakit badan.

Ostematrix membekalkan kalsium yang diperlukan oleh badan kita. Ia turut dilengkapi dengan vitamin D untuk memastikan kalsium diserap secara optima. Magnesium pula membantu badan lebih relaks dan tenang.


Kombinasi 2 suplemen dan vitamin ini pasti membuatkan orang tua kita lebih gembira meniti hari-hari emas mereka.

Anda boleh menghubungi saya seperti nombor tertera di bawah untuk belian produk-produk Shaklee.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Seminggu Sakit Perut Sehingga di X-ray

Assalamualaikum 

Selamat berhujung minggu. Moga kita semua sihat dalam lindunganNya, insyaAllah.

2 minggu lepas anak lelaki Kak Jaz mengadu sakit perut. Kami ingatkan gastrik kerana berdasarkan tempat sakitnya. Jadi Kak Jaz berikan ESP dan Mealshakes seperti biasa. Alhamdulillah nampak lega.

Malam harinya nampak kembali sakit. Kami berikan pula Gaviscon untuk redakan sakitnya. Nampak agak OK jadi semua relaks kembali.

Selang dua tiga hari selepas itu dia mengadu sakit perut lagi. Semalaman tidur tak lena. Muntah berkali-kali. Tertidur sekejap bangun mengadu lagi sakit perut. Sepanjang malam Kak Jaz urut picit jaga dia.

Pagi selepas sembahyang Subuh nampak masih tak OK kami bawa dia ke hospital. Doktor kata gastrik dan berikan Magnesium Trisilicate dan Paracetamol sahaja. 

Dah habis ubat pun sakitnya masih tak reda. Kak Jaz dah agak pelik. Takkan la gastrik sampai seminggu lebih dan masih tak resolve walaupun dah makan ubat dengan teratur. Semuanya kami dah buat. Ubat, vitamin dan urutan. Tapi masih begitu juga. 

Kami berkira-kira untuk bawanya ke hospital lagi sekali. Pasti ada yang tak kena. Hati seorang mama mula meningkat kerisauannya.

On the way pulang daripada KL, kami terpaksa singgah di klinik di Raub kerana dia nampak sangat sakit. Doktor periksa dan suspect apendiks dan minta kami bawanya ke hospital. Katanya tak logik gastrik sampai seminggu begini.

Kami terus pecut balik Kota Bharu dan menghala ke HPRZII. Selepas diperiksa doktor meminta dilakukan X-ray dan hasilnya bukan apendiks. Lega seround.

Rupanya Constipation Colic.  Najis keras yang memenuhi ususnya. Doktor berikan Enema Glycerine, Lactulose dan Paracetamol.

ubat sembelit, constipation colic
Enema Glycerine

Balik ke rumah suami masukkan enema ke duburnya dan tak sampai seminit dia berak sebanyakanya. 

Allah...Lega rasa hati kami. Seminggu lebih dia kesakitan.

Bila Kak Jaz duduk berfikir keadaan dirinya seminggu sebelum itu, dia masih berak walaupun berkurang daripada kebiasaan. Tiada rungutan sembelit (dia pernah ada pengalaman sembelit teruk semasa kecil). Agak pelik bila difikirkan.

Oh ya, berkenaan masalah sembelit teruknya sebelum ini, ia resolve dengan Mealshakes. Kemungkinan besar kali ini badannya kekurangan cecair hingga najis jadi lebih keras berbanding biasa.

Tapi walau apa pun kami bersyukur sangat-sangat kerana dia dijauhkan daripada penyakit berbahaya seperti apendiks. Moga tiada lagi episod sakit begini di kemudian hari.

Jika anak anda sedang menghadapi masalah sembelit, boleh amalkan Mealshakes untuk lembutkan najis. Ia mengandungi fiber dan arabic gum (manna wa salwa) yang terbukti meningkatkan tahap kesihatan anak-anak.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931








Share:

Saturday, 15 September 2018

Double Cleansing Dengan Toner Youth Shaklee

Mungkin ada kalangan kita yang ambil mudah mengenai kepentingan TONER dalam rutin pembersihan dan penjagaan kulit wajah. Toner bukan rutin biasa yang boleh kita ambil mudah. Pemilihan toner yang tepat boleh memberikan kesan yang sangat berbeza pada wajah kita.

Fungsi toner Youth Shaklee adalah MEMBERSIH, MENGHIDRAT dan MEMBERI NUTRISI kepada wajah. Manfaat 3 dalam 1 yang sukar untuk anda dapat pada toner jenama lain.

Selepas membersihkan wajah dengan Luminous Gel Oil Cleanser, kita tekap wajah dengan Perfecting Skin Toner. Proses penekapan ini sebenarnya adalah satu lagi proses pembersihan. Jadi kita telah melakukan double cleansing yang membantu wajah menjadi lebih bersih dan segar.

Sisa-sisa kotoran yang mungkin masih ada di wajah akan dibersihkan dengan lebih efektif. Kulit wajah akan menjadi lebih lembut dan cerah.

Perfecting Skin Toner Youth Shaklee juga mengandungi Exfoliating and Rejuvenating Green Algae Complex yang berfungsi menenang dan melegakan kulit wajah. Ia menjadikan wajah lebih segar dan rasa rata yang lebih ketara.

Jika anda sudah menggunakan Luminous Gel Oil Cleanser, anda wajib memadankannya dengan Perfecting Skin Toner ini untuk kesan yang cukup mengujakan.

Elakkan mencampur produk daripada jenama berbeza kerana ia boleh mengubah keseimbangan formula yang telah dicipta.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


Share:

TIBI - Penyakit Berjangkit Yang Boleh Membawa Maut

Tuberculosis atau penyakit TIBI adalah penyakit berbahaya yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Ia sangat senang berjangkit kerana medium jangkitannya adalah air liur. Sekiranya seseorang pesakit TIBI batuk atau bersin maka individu berhampirannya sudah mempunyai risiko tersebut.

Pesakit TIBI perlu dikuarantin dan makan antibiotik selama 6 bulan. Kegagalan menghabiskan antibiotik ini mengikut tempoh yang ditetapkan boleh menjadikan kuman ini lebih kuat dan pesakit TIBI sukar dan lambat sembuh.

Untuk mencegah penyakit TIBI ini, kita wajib meningkatkan imuniti badan kita. Makan makanan berkhasiat dan beri badan kita vitamin dan mineral yang diperlukan.

Selain itu kita boleh mengamalkan VIVIX iaitu tonik antioksidan daripada Shaklee. Ia membantu meningkatkan sistem imuniti badan dan menguatkan sel serta membaiki sel-sel yang rosak akibat radikal bebas dan penuaan.

Sel yang kuat dan sihat akan menghasilkan organ dan badan yang kuat. Badan yang mempunyai imuniti badan yang kuat akan mampu menentang kuman yang berada di sekitar kita.

Tingkatkan imuniti badan anda hari ini dan dapatkan VIVIX segera!


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Saturday, 8 September 2018

Suplemen Untuk Tulang dan Sendi Yang Kuat

Kolegaen selalunya dikaitkan dengan kecantikan dan kulit. Tetapi ia sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain.

🔵Tahukah anda KOLAGEN memainkan peranan dalam membantu tulang dan sendi kekal kuat? 

🔵Kombinasi KALSIUM dan KOLAGEN membantu tulang dan sendi menjadi lebih kuat dan fleksibel.

🔵Komponen utama tulang rawan ialah KOLAGEN. Tulang rawan ini membantu mengurangkan geseran antara tulang. 

🔵Bekalan KOLAGEN yang cukup membantu mengekalkan ketebalan tulang rawan dan mengelakkan kita sakit-sakit sendi.

suplemen untuk sendi


Kolagen bukan sekadar untuk wajah tetapi juga sangat penting untuk tulang dan sendi kita.

Hubungi saya untuk mendapatkan kolagen terbaik di pasaran.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931




Share:

Promosi Shaklee September 2018

Assalamualaikum wbt

Bulan September 2018 ini ramai yang risau dengan kenaikan harga barang-barang akibat pelaksaan SST. Tetapi produk Shaklee masih lagi KEKAL pada harga yang sama malahan terdapat 4 tawaran menarik untuk anda.

1. Ostematrix Beli 3 JIMAT 5%

Ostematrix sangat dikenali sebagai pil kalsium terbaik. Dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D, unsur-unsur ini membantu penyerapan kalsium yang optimum untuk seluruh badan kita.

Harga sebotol RM61.25. Untuk 3 botol hanya RM174.56.

2. Set Hamil (Prenatal Set) Percuma Beg 'Why I Love Shaklee'

Set ini lengkap dengan protein (ESP), zat besi (Vitalea), asid folik (B Complex), Vitamin C, kalsium (Ostematrix) dan omega 3 (Omega Guard).

3. Set Penjagaan Wajah Youth - PERCUMA 'Massage Device'

4. Shaklee Baby Beli 1 PERCUMA 1



Hubungi saya pada noimbor tertera di bawah untuk pembelian dan sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari