Saturday, 29 September 2018

Nasi Ayam Istimewa Sempena Hari Lahir

29 September - hari yang sentiasa diingati oleh encik suami. Maklumlah birthday dia. Makanya apabila dia sentiasa ingat tarikh ini, puan isteri kena double triple ingat la kan 😂.

Sembang-sembang hari ni tanya dia nak makan apa? Laksa atau nasi ayam? For sure dia pilih nasi ayam since dia tak berapa gemar makan laksa.

Jadinya adik kami belikan ayam dan mula la klentang klentung di dapur masak untuknya. Seharian aih di dapur hari ni sanpaikan baby Awfa pun tak boleh berkepit dengan mama. Berkorban la hari ni ya baby 😝

Siap semua, gembira la si dia, anak-anak dan adik-adik makan nasi ayam. Kat rumah kami ni, kalau hidangannya nasi ayam semuanya makan bertambah-tambah. Puas hati masak bila tengok semua berselera begini.

Gembirakan si dia pada hari ulang tahunnya. Sampai saat ini masih dok fikir nak beli kek atau tak. Hahaha.

Gambar nasi ayam kali ini takde. Tak sempat nak ambil gambar semua dah serbu. Berhuhu jela Kak Jaz ni ha. Hihi

Tapi takpelah. yang penting semua happy dan kenyang, tukang masak pun dah extra gembira.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari