Saturday, 22 September 2018

Seminggu Sakit Perut Sehingga di X-ray

Assalamualaikum 

Selamat berhujung minggu. Moga kita semua sihat dalam lindunganNya, insyaAllah.

2 minggu lepas anak lelaki Kak Jaz mengadu sakit perut. Kami ingatkan gastrik kerana berdasarkan tempat sakitnya. Jadi Kak Jaz berikan ESP dan Mealshakes seperti biasa. Alhamdulillah nampak lega.

Malam harinya nampak kembali sakit. Kami berikan pula Gaviscon untuk redakan sakitnya. Nampak agak OK jadi semua relaks kembali.

Selang dua tiga hari selepas itu dia mengadu sakit perut lagi. Semalaman tidur tak lena. Muntah berkali-kali. Tertidur sekejap bangun mengadu lagi sakit perut. Sepanjang malam Kak Jaz urut picit jaga dia.

Pagi selepas sembahyang Subuh nampak masih tak OK kami bawa dia ke hospital. Doktor kata gastrik dan berikan Magnesium Trisilicate dan Paracetamol sahaja. 

Dah habis ubat pun sakitnya masih tak reda. Kak Jaz dah agak pelik. Takkan la gastrik sampai seminggu lebih dan masih tak resolve walaupun dah makan ubat dengan teratur. Semuanya kami dah buat. Ubat, vitamin dan urutan. Tapi masih begitu juga. 

Kami berkira-kira untuk bawanya ke hospital lagi sekali. Pasti ada yang tak kena. Hati seorang mama mula meningkat kerisauannya.

On the way pulang daripada KL, kami terpaksa singgah di klinik di Raub kerana dia nampak sangat sakit. Doktor periksa dan suspect apendiks dan minta kami bawanya ke hospital. Katanya tak logik gastrik sampai seminggu begini.

Kami terus pecut balik Kota Bharu dan menghala ke HPRZII. Selepas diperiksa doktor meminta dilakukan X-ray dan hasilnya bukan apendiks. Lega seround.

Rupanya Constipation Colic.  Najis keras yang memenuhi ususnya. Doktor berikan Enema Glycerine, Lactulose dan Paracetamol.

ubat sembelit, constipation colic
Enema Glycerine

Balik ke rumah suami masukkan enema ke duburnya dan tak sampai seminit dia berak sebanyakanya. 

Allah...Lega rasa hati kami. Seminggu lebih dia kesakitan.

Bila Kak Jaz duduk berfikir keadaan dirinya seminggu sebelum itu, dia masih berak walaupun berkurang daripada kebiasaan. Tiada rungutan sembelit (dia pernah ada pengalaman sembelit teruk semasa kecil). Agak pelik bila difikirkan.

Oh ya, berkenaan masalah sembelit teruknya sebelum ini, ia resolve dengan Mealshakes. Kemungkinan besar kali ini badannya kekurangan cecair hingga najis jadi lebih keras berbanding biasa.

Tapi walau apa pun kami bersyukur sangat-sangat kerana dia dijauhkan daripada penyakit berbahaya seperti apendiks. Moga tiada lagi episod sakit begini di kemudian hari.

Jika anak anda sedang menghadapi masalah sembelit, boleh amalkan Mealshakes untuk lembutkan najis. Ia mengandungi fiber dan arabic gum (manna wa salwa) yang terbukti meningkatkan tahap kesihatan anak-anak.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931








Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari