Siapa Saya


Assalamualaikum wbt

Hi guys ^_^

Terima kasih kerana baca entry kat blog saya. Saya sangat berbesar hati dengan kesudian korang semua.

Saya nak kenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Jazilah bt llyas. Anak pertama daripada 8 beradik, seorang isteri dan mama pada 3 anak comel.

Saya merupakan fulltime WAHM (work at home mom) dan menjadikan Shaklee sebagai punca utama pendapatan saya. Saya juga merupakan agen sah Bantal Hotel DAG.


Bagaimana saya jatuh cinta dengan Shaklee? 

Saya terjatuh cinta dengan Shaklee kerana anak sulung saya, Ahmad Akram. Dia yang dilahirkan sebagai bayi pramatang memang mempunyai antibodi yang lemah. Antara simpton yang cukup menggusarkan hati saya ialah apabila dia selalu sembelit.

Sembelitnya bukan alang-alang, kalau sampai dah berguling sakit, meneran sampai merah muka tapi masih tak dapat membuang memang buat saya sakit, sakit kerana tengok kesakitan dia. Kalau dah membuang, najisnya diibaratkan kalau dibaling pun takkan pecah kerana kerasnya najis tu.

Dia selalu demam dan sangat kerap muntah. Batuk sket muntah, menangis sket muntah. Muntahnya juga bukan sedikit, sekali muntah habislah sebotol 8oz susu keluar. Makan pun tak mau asyik minum susu je.

Sekian lama mencari, saya banyak baca mengenai Mealshakes dan Omega Guard. Saya pujuk suami untuk belikan dua suplemen ni untuk Akram dan amazingly, alhamdulillah setelah sekian lama dia tak lagi sembelit!! Syukur alhamdulillah. Dalam masa 3 bulan pertama dia langsung tak demam. Syukur pada Allah kerana ikhtiar kami membuahkan hasil.

Bermula daripada detik tu saya makin jatuh cinta denga Shaklee. Jatuh cinta dengan manfaat dan keberkesanannya (dengan izin Allah). Lalu saya cuba Set Slimming Shaklee pula kerana berat badan saya yang tak turun-turun sejak melahirkan Aamily dan alhamdulillah ia juga berhasil. Makin la saya semangat nak terus berkongsi manfaat Shaklee dengan orang ramai *__*.







Kini saya berbangga dan berbesar hati dapat berkongsi segalanya mengenai Shaklee. Suplemen, Skin Care, Home Care, Hair Care dan Penapis Air. U named it. We have the best among the best.

Sihat dapat, income dapat, tolong orang pun dapat. 

Apa lagi yang saya mahu? Bagaimana dengan anda?


*************************************************************************************************************

011-1611 1619
Jazilah Ilyas 1070931
https://www.facebook.com/jazilah.ilyas
https://www.facebook.com/makananpelengkap

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari